SYARAT PENYEWAAN CHALLET

SYARAT PENYEWAAN CHALLET

KEMALANGAN

Adalah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Damai Gunung tidak mengambil sebarang tanggungjawab ke atas sebarang kemalangan yang melibatkan kecederaan, patah, kematian dan sebagainya. Apabila tuan/puan mendaftar masuk, tuan/puan tidak berhak sama sekali membuat  tuntutan di mahkamah ke atas kecederaan, patah, kematian dan sebagainya. Tuan/puan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan pengguna kolam dan challet yang disewa tersebut.

Sekian, salam hormat.

 

MASA SEWAAN

Adalah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Damai Gunung telah menetapkan bahawa tempoh sewaan tuan/puan untuk check out ialah 30 minit sebelum tamat tempoh sewaan. Ianya adalah bertujuan bagi memudahkan pihak pengurusan membuat kerja-kerja mengemas untuk sewaan berikutnya.

Kerja sama dari tuan/puan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian.

JENIS CHALLET YANG DISEWA

Adalah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Damai Gunung telah menetapkan jenis challet adalah tertakluk kepada pihak pengurusan walaupun tuan/puan telah memilih challet yang dikehendaki. Perubahan tersebut berkemungkinan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sekian, harap maklum.

MAKLUMAN AWAL (Confirm)

Tuan/puan yang telah membuat tempahan, perlulah mendapat kepastian awal sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum datang ke Damai Gunung, ini adalah bertujuan bagi memastikan challet yang di tempah benar-benar ada dan juga bagi mengelakan pertindihan booking. Makluman awal daripada tuan/puan amatlah diharapkan.

Sekian, terima kasih.